THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 14 September 2011



Nama Tempatan:
Bunga Matahari
Nama Saintifik:Helianthus annuus
Nama Lain:common sunflower, sunflower, mirasol
Famili:Asteraceae/Compositae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan di melur.com
Asal:Amerika

keterangan:

Terdapat pelbagai jenis bunga matahari yang biasa ditanam sebagai tumbuhan penghias halaman di Malaysia.Bunga matahari mendapat namanya kerana ciri bunganya yang akan sentiasa berpaling mengikut arah matahari.Kebanyakan bunga matahari boleh tumbuh agak tinggi sekitar 6 hingga 15 kaki. Bunganya pula bersaiz besar jika dibandingkan dengan bunga lain dari keluarga daisi.Diameter bahagian tengah bunganya selalunya berukuran antara 6 hingga 12 inci bergantung kepada keadaan iklim tempat penanamannya.Jika di Malaysia contohnya bunga matahari yang ditanam di kawasan tanah tinggi mempunyai saiz yang lebih besar dari yang ditanam ditanah rendah.Daunnya berbentuk oval.Bahagian permukaan daun dan batangnya di litupi oleh lapisan bulu kejur.

Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam. Medium tanamannya berupa tanah yang neutral atau sedikit alkali.Jika tanah asid, kapur perlu ditabur sebelum bunga matahari ditanam.Seperimana namanya ia memerlukan cahaya matahari yang penuh.Ia merupakan tumbuhan semusim yang mempunyai kitar hidup yang pendek, sesetengah jenis hanya mampu bertahan selama 60 hari sahaja.Pembiakannya dilakukan melalui biji benih yang didapati daripada bahagian tengah bunganya.

antara variasi bunga matahari yang biasa ditanam ialah:
HEANJ Helianthus annuus L. ssp. jaegeri (Heiser) Heiser
  HEANL Helianthus annuus L. ssp. lenticularis (Dougl. ex Lindl.) Cockerell
  HEANT Helianthus annuus L. ssp. texanus Heiser
  HEANL2 Helianthus annuus L. var. lenticularis (Dougl. ex Lindl.) Steyermark
  HEANM Helianthus annuus L. var. macrocarpus (DC.) Cockerell
  HEANT2 Helianthus annuus L. var. texanus (Heiser) Shinners
  HEAR14 Helianthus aridus Rydb.
  HELE5 Helianthus lenticularis Dougl. ex Lindl.

kegunaan:

Bunga matahari ditanam secara komersial untuk biji dan minyak yang diekstrak daripada bijinya.Ia ditanam diladang secara besar-besaran di negara-negara seperti Rusia (pengeluar minyak bunga matahari terbesar di dunia < data pada 2007) , argentina(kedua) dan Amerika Syarikat (ketiga).

0 comments: