Nama Tempatan: | Bunga Matahari |
Nama Saintifik: | Helianthus annuus |
Nama Lain: | common sunflower, sunflower, mirasol |
Famili: | Asteraceae/Compositae |
Lokasi dijumpai: | Tumbuhan di melur.com |
Asal: | Amerika |
keterangan: | |
Terdapat pelbagai jenis bunga matahari yang biasa ditanam sebagai tumbuhan penghias halaman di Malaysia.Bunga matahari mendapat namanya kerana ciri bunganya yang akan sentiasa berpaling mengikut arah matahari.Kebanyakan bunga matahari boleh tumbuh agak tinggi sekitar 6 hingga 15 kaki. Bunganya pula bersaiz besar jika dibandingkan dengan bunga lain dari keluarga daisi.Diameter bahagian tengah bunganya selalunya berukuran antara 6 hingga 12 inci bergantung kepada keadaan iklim tempat penanamannya.Jika di Malaysia contohnya bunga matahari yang ditanam di kawasan tanah tinggi mempunyai saiz yang lebih besar dari yang ditanam ditanah rendah.Daunnya berbentuk oval.Bahagian permukaan daun dan batangnya di litupi oleh lapisan bulu kejur. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam. Medium tanamannya berupa tanah yang neutral atau sedikit alkali.Jika tanah asid, kapur perlu ditabur sebelum bunga matahari ditanam.Seperimana namanya ia memerlukan cahaya matahari yang penuh.Ia merupakan tumbuhan semusim yang mempunyai kitar hidup yang pendek, sesetengah jenis hanya mampu bertahan selama 60 hari sahaja.Pembiakannya dilakukan melalui biji benih yang didapati daripada bahagian tengah bunganya. antara variasi bunga matahari yang biasa ditanam ialah: HEANJ Helianthus annuus L. ssp. jaegeri (Heiser) Heiser HEANL Helianthus annuus L. ssp. lenticularis (Dougl. ex Lindl.) Cockerell HEANT Helianthus annuus L. ssp. texanus Heiser HEANL2 Helianthus annuus L. var. lenticularis (Dougl. ex Lindl.) Steyermark HEANM Helianthus annuus L. var. macrocarpus (DC.) Cockerell HEANT2 Helianthus annuus L. var. texanus (Heiser) Shinners HEAR14 Helianthus aridus Rydb. HELE5 Helianthus lenticularis Dougl. ex Lindl. | |
kegunaan: | |
Bunga matahari ditanam secara komersial untuk biji dan minyak yang diekstrak daripada bijinya.Ia ditanam diladang secara besar-besaran di negara-negara seperti Rusia (pengeluar minyak bunga matahari terbesar di dunia < data pada 2007) , argentina(kedua) dan Amerika Syarikat (ketiga). |
Wednesday, 14 September 2011
Posted by Nurhaziyah at 02:44
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment